August
17 Thursday

Kenali ChatGPT – Peluang & Cabaran

Thu, Aug 17 (10:00am - 11:30am)UTC+8
Online

Description

Assalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera Tuan/Puan,

Chat Generative Pre-Trained Transformer atau singkatannya ChatGPT adalah model bahasa AI yang dikembangkan oleh OpenAI.

Model bahasa AI, atau ChatGPT ini adalah berbeza dengan aplikasi lain dalam bidang pengurusan pelanggan dan customer service kerana ianya mampu memproses sejumlah besar teks dan belajar untuk melaksanakan tugas pemprosesan bahasa semula jadi dengan sangat berkesan.

Chat GPT dan AI telah membuka pintu kepada dunia interaktif yang lebih canggih dan menarik. Dengan keupayaan untuk memahami bahasa manusia dan memberikan respons yang relevan, teknologi ini membawa potensi besar dalam pelbagai industri dan bidang.

Dengan terus memperbaiki model dengan melihat kepada cabaran dan mempertimbangkan isu-isu yang berkaitan, kita dapat mencapai potensi penuh dan memanfaatkannya untuk meningkatkan kehidupan kita.

Ayuh mari kita tontoni Live Webinar Kenali ChatGPT: Peluang Dan Cabaran yang akan dibentangkan oleh pembentang tersohor Prof. Madya. Dr. Azwa Abdul Aziz dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Penyertaan adalah PERCUMA dan SIJIL PENYERTAAN disediakan. Webinar akan disiar secara langsung di laman sosial rasmi Facebook dan Youtube PPZ-MAIWP. Klik link di bawah untuk tonton semasa program ini berlangsung:

Ticket Information

Tickets

Selling

Event Calendar

Thursday, Aug 17

10:00am - 11:30am  UTC+8
Closed
Send Message

Send mail success

Send mail failed

Please enter input field