January
27 Saturday

Malaysia Sign Language (SIGNON)

Sat, Jan 27 (10:00am - 1:00pm)UTC+8
Pusat PERMATA @ Pintar Negara, UKM Bangi
Universiti Kebangsaan Malaysia, Lingkungan Ilmu, Bangi, Selangor, Malaysia

Description

Pendaftaran program #SIGNON PERCUMA bagi sesi bulan ini dibuka sekarang.
TEMPAT ADALAH TERHAD!
Tarikh : 27 JANUARI 2024 (Sabtu)
Masa : 10AM – 1PM
Lokasi : Pusat PERMATA @ Pintar Negara, UKM Bangi
*Kelas ini kelas fizikal. TIADA ONLINE.
YURAN : PERCUMA
Jika nak bayar juga, bayarlah dengan KESUNGGUHAN. 😊
SILA AMBIL PERHATIAN : Mesti sampai dan ada di lokasi sebelum jam 10AM sebab program akan bermula tepat jam 10AM. Siapa lambat akan terlepas asas yang penting.
***********************************
SEDIKIT PENERANGAN BERKENAAN PROGRAM #SIGNON.
1) Kami menganjurkan secara PERCUMA setiap bulan sejak 2018 lagi. PERCUMA ya. Kami tidak mengenakan apa-apa bayaran. Jika ada pihak yang mengatakan “ada caj tersembunyi”, anda boleh abaikan. Yang pernah join, terima kasih. Anda semestinya lebih tahu.
2) Lokasi sepanjang tahun hanya dibuat sekitar Selangor atau KL sahaja setiap bulan. Terima kasih kerana memberikan peluang dengan menyediakan lokasi untuk kami menganjurkan program secara percuma ini kepada masyarakat. Jika ada yang bertanya, “ADA TAK BUAT DI PULAU PINANG?, ADA TAK BUAT DI KEDAH?”. Jawapannya, tiada. Lokasi program bulanan kami hanya di sekitar Selangor atau KL sahaja. Tiada di lokasi lain. Dan, TIADA KELAS ONLINE. Semua program kami adalah kelas fizikal di lokasi.
3) Penyertaan terbuka kepada semua. Jika anda mempunyai anak kecil, bayi sekalipun; anda dialu-alukan. Bawa sahaja anak ke lokasi program. Tiada had umur. Sesiapa pun boleh belajar. Jadi, jangan risau. Kami tak marah pun anda bawa anak-anak. Sepatutnya itu lagi bagus. Kami mesra kanak-kanak. Hihi.
4) TIADA SIJIL AKAN DIKELUARKAN / DIBERIKAN. Kami terpaksa highlight benda ini kerana ramai bertanyakan berkenaan sijil. Kami bukanlah NGO. Kami tiada dana. Kami bergerak atas kapasiti persendirian. Semuanya menggunakan duit kami sendiri. Jadi, hanya mampu buat kelas percuma untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan Bahasa Isyarat. Buat pun percuma, jadi tiada sijil akan dikeluarkan. Ini semua memerlukan kos.
5) Juga, TIADA SURAT DIKELUARKAN untuk mereka yang memerlukan kami menyediakan surat untuk diberikan kepada pihak jabatan mereka sebagai bukti kehadiran program. Kami tidak akan mengeluarkan sebarang surat ya. Terpaksa juga kami menerangkan hal ini kerana ada yang bertanyakan hal ini.
Itu sahaja yang perlu anda tahu. Semoga keraguan dapat dikurangkan. 😊😊
.
.
Cara mendaftar – WhatsAPP ke 01164841420 (mohon save nombor ini terlebih dahulu)
Taip mesej : SIGNON JAN24
Kami hadkan 50 orang sahaja. Pendaftaran akan ditutup bila-bila masa sahaja jika dah cukup kuota penyertaan. Siapa cepat dia dapat ya.
✅ Hanya peserta yang mendaftar nama sahaja dibenarkan hadir sebab tempat adalah TERHAD.
Terima kasih atas sokongan dan kesabaran anda. 😀

Ticket Information

Tickets

Selling

Event Calendar

Saturday, Jan 27

10:00am - 1:00pm  UTC+8
Closed
Send Message

Send mail success

Send mail failed

Please enter input field